Cosmo langkah kanan

Cosmo langkah kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Cosmopolitan College (Cosmo) memperolehi tiga mata pertama Piala Universiti (Unicup) BIBD At-Tamwil 2015 apabila bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menang 2-1 ke atas Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).

KUPU SB bermula baik apabila sudah mendahului 1-0 ketika perlawanan baru bermula 10 minit, dengan jaringannya itu dihasilkan oleh Muhammad Rusaini Awang, dan ternyata golnya itu menjadi gol tunggal babak pertama perlawanan.

Memasuki separuh masa kedua, Cosmo lebih banyak mengawal bola dan serangan, hanya ketangkasan penjaga gol KUPUSB banyak menggagalkan beberapa percubaan mereka.

Namun usaha berterusan Cosmo akhirnya membuahkan hasil yang bukan saja berjaya meledakkan satu gol bahkan dua gol dalam tempoh hanya tiga minit antara keduanya.

Gol pertama Cosmo hadir pada minit ke-61 yang dijaringkan oleh Abdul Muinuddin bin Abdullah dan tiga minit kemudian Abdul Muinuddin sekali lagi berjaya membolosi gawang KUPUSB untuk gol kedua Cosmo.

Ternyata gol Abdul Muinuddin pada minit ke-64 itu menjadi gol terakhir perlawanan sekaligus memberikan Cosmo kemenangan berharga 2-1 dan menjadikan Abdul Muinuddin sebagai wira Cosmo dalam meraih tiga mata pertama dalam aksi perlawanan pertama Unicup 2015 di padang RBRC. – Hasrulraizan

Cosmo (kelabu) mengejutkan KUPUSB dengan dua gol pantas pada babak kedua untuk menang 2-1.
Cosmo (kelabu) mengejutkan KUPUSB dengan dua gol pantas pada babak kedua untuk menang 2-1.

ARTIKEL YANG SAMA