Costa belum pasti kekal bersama Chelsea

Costa belum pasti kekal bersama Chelsea

LONDON, 31 Julai – Antonio Conte buat kali pertama mengakui betapa dia tidak pasti sama ada Diego Costa akan kekal atau sebaliknya bersama Chelsea. Costa tidak beraksi ketika skuad itu tewas 2-3 kepada Real Madrid di Michigan, awal pagi tadi selepas mengadu sakit belakang dan tidak mengambil bahagian sepenuhnya dalam latihan.

Chelsea semakin hampir dengan perjanjian STG60 juta untuk membawa pulang Romelu Lukaku dari Everton tetapi masa depan Costa semakin jelas dengan Atletico Madrid berminat untuk membawanya kembali ke Sepanyol.

“Saya boleh katakan bahawa hari ini Costa adalah pemain Chelsea,” kata Conte. “Dia tidak bermain pada perlawanan ini (menentang Real) kerana kecederaan.

Jika kecederaannya sudah pulih dan saya akan lihat dalam latihan sama ada dia berada dalam keadaan baik untuk diturunkan pada perlawanan menentang Milan.

“Tetapi itu saja saya boleh katakan. Saya bercakap hanya untuk hari ini dan Costa adalah pemain Chelsea. Esok jika anda bertanya kepada saya, Costa akan kekal bersama kami, saya tidak tahu.”

Conte berkata, dia akan bersemuka dengan pengurusan Chelsea selepas jelajah Amerika Syarikat dan melaporkan pemain akan dikekalkan dan yang mana boleh dijual atau dipinjamkan.

Lukaku beraksi untuk Everton dalam perlawanan persahabatan menentang Real Betis, semalam walaupun Chelsea yakin mereka sudah berjaya dalam usaha untuk menandatangani semula pemain antarabangsa Belgium itu .

“Saya tidak mahu bercakap berkenaan pemain pasukan lain,” kata Conte, apabila ditanya mengenai Lukaku. “Ia tidak menghormati kelab atau pemain mereka. Saya memilih untuk tidak mengeluarkan kenyataan.” – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA