Costa berang, lontar bib pada Mourinho

Costa berang, lontar bib pada Mourinho

LONDON, 30 Nov (Agensi) – Diego Costa berang selepas diletakkan sebagai pemain simpanan oleh Jose Mourinho ketika aksi Chelsea bertemu Tottenham Hotspur di Stadium White Hart Lane, semalam.

Dia menunjukkan rasa tidak puas hatinya itu dengan tidak menyertai rakan sepasukannya pada sesi pemanas badan, sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Rupanya api kemarahan pemain Sepanyol itu terlalu membuak-buak sehingga gagal mengawal perasaannya. Ini dapat dilihat apabila dia bertindak melontar bib yang dipakainya kepada Mourinho ketika memasuki ruang tempat duduk pemain simpanan.

Diego Costa ketika kembali ke bangku pemain simpanan selepas memanaskan badan ketika perlawanan Chelsea menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane di London pada 29 November 2015. – Agensi
Diego Costa ketika kembali ke bangku pemain simpanan selepas memanaskan badan ketika perlawanan Chelsea menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane di London pada 29 November 2015. – Agensi

Bagaimanapun bib itu dilihat tidak mengenai bosnya itu yang duduk di bahagian depan pemain simpanan.

Malah pengurus Chelsea itu mungkin tidak menyedari perbuatan Costa itu. Namun, perbuatan pemain itu sempat dirakamkan dan disiarkan hari ini oleh Daily Mail Online.

Costa digugurkan daripada kesebelasan utama Chelsea selepas berdepan masalah kemerosotan prestasi.

ARTIKEL YANG SAMA