Costa dan Oscar bergaduh di kem latihan

Costa dan Oscar bergaduh di kem latihan

LONDON, 8 Jan (AFP) – Bintang Chelsea, Diego Costa dan Oscar terpaksa dipisahkan oleh rakan sepasukan selepas kedua-duanya terbabit dalam pergaduhan di pusat latihan pasukan.

Costa dilaporkan memberikan reaksi marah terhadap cabaran agresif ke bahagian lututnya oleh pemain tengah Brazil berkenaan ketika penyerang Sepanyol itu juga bergelut dengan kesukaran untuk menangani sikap panas baran. Daily Telegraph mendakwa kedua-dua pemain terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan.

Perkembangan itu pastinya memberi perkhabaran buruk kepada skuad The Blues selepas mengharungi musim penuh gelora yang menyaksikan Jose Mourinho dipecat sebagai pengurus, bulan lalu.

Bagaimanapun, pengendali ketika ini, Guus Hiddink percaya kejadian itu menjadikan dia lebih prihatin ketika pasukannya bakal menentang kelab Divisyen Tiga, Scunthorpe United dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Stamford Bridge, Ahad ini.

Tetapi Oscar seakan bermain dengan kontroversi menerusi laman sosial Twitter apabila berkata:

“Kepada sesiapa yang bercakap kepada saya dan @diegocosta bergelut hari ini dalam latihan, mereka menipu. Dia seorang daripada rakan karib saya dan tidak pernah bergaduh.”

Pergeseran Costa dan Oscar ini berlaku selepas kejadian sama membabitkan pemain muda, Charly Musonda dengan Cesc Fabregas, sebelum pemecatan Mourinho.

ARTIKEL YANG SAMA