Costa dicantas dari skuad La Roja

Costa dicantas dari skuad La Roja

MADRID, 27 Mei (AFP) – Penyerang Chelsea, Diego Costa digugurkan oleh jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque daripada skuad 24 pemain bagi aksi persahabatan menentang Cota Rica dan kelayakan Euro 2016 menentang Belarus bulan depan.

Dua pemain Sevilla, Sergio Rico dan Aleix Vidal dianugerahkan panggilan pertama mereka selepas mempamerkan rentak menarik bersama finalis Liga Europa itu.

Bagaimanapun, agak mengecewakan bagi midfield Manchester United, Ander Herrera dan Thiago Alcantara dari Bayern Munich kerana mereka juga digugurkan.

Costa kembali beraksi untuk dua perlawanan terakhir Liga Pedana Chelsea selepas lebih sebulan mengalami masalah hamstring, menjaringkan gol penalti dalam kemenangan 3-1 juara Inggeris itu ke atas Sunderland Ahad lalu untuk menambah jumlah jaringannya kepada 21 gol musim ini.

Penyerang kelahiran Brazil itu gagal untuk meniru rentak kelab untuk negara angkatnya apabila hanya menjaringkan satu gol dalam tujuh kemunculan menyarung jersi Sepanyol.

Diego Costa (kiri) dicantas dari skuad Sepanyol kerana gagal membawa prestasi kelab ke dalam skuad negara angkatnya. – AFP
Diego Costa (kiri) dicantas dari skuad Sepanyol kerana gagal membawa prestasi kelab ke dalam skuad negara angkatnya. – AFP

“Ia kes tertentu. Dia beraksi dalam dua perlawanan tetapi bukan 90 minit. Dia baru pulih daripada beberapa masalah otot dan kami tidak fikir dia berada dalam kedudukan terbaik bagi perlawanan utama menentang Belarus. Jadi kami memilih pemain yang tidak diragui kecergasannya,” kata Del Bosque.

Del Bosque juga menghubungi lima pemain muda; Jose Anotnio Gaya, Juanmi, Jonny, Saul Niguez dan Ruben Duarte untuk berlatih bersama skuad Barcelona dan Alvaro Morata dari Juventus akan bersama rakan sepasukan dua hari sebelum menentang Costa Rica kerana terlibat dalam final Liga Juara–Juara.

Cesc Fabregas menamatkan musim dengan topeng perlindungan selepas patah hidung sementara Ramos terlepas dua perlawanan liga terakhir Real Madrid musim ini kerana masalah kaki.

ARTIKEL YANG SAMA