Costa, Hazard cedera

Costa, Hazard cedera

LONDON, 10 Mac (AFP) – Diego Costa dan Eden Hazard yang masing-masing mengalami kecederaan ketika Chelsea ditunjukkan jalan keluar daripada kancah Liga Juara-Juara oleh Paris Saint-Germain semalam.

Menurut pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink, Costa yang juga penjaring terbanyak kelab itu tercedera sebelum Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol pada minit ke-67 yang membolehkan PSG menang dengan keputusan 2-1 dan seterusnya melengkapkan pertemuan dengan agregat 4-2.

Hazard meninggalkan padang kerana kecederaan pinggul dan diejek segelintir peminat Chelsea ketika berjalan di tepi padang sebelum dirinya digantikan Oscar.

“Kita akan lihat sekiranya akan ada masalah besar nanti,” kata Hiddink mengenai Costa yang terlepas akhir ketika terikat 1-1 dengan Stoke sebelum ini.

Costa terduduk selepas mendapat kecederaan dalam aksi kedua 16 terakhir di Stamford Bridge, kelmarin. – AFP
Costa terduduk selepas mendapat kecederaan dalam aksi kedua 16 terakhir di Stamford Bridge, kelmarin. – AFP

“Diego sangat terdesak untuk bermain hari ini, meskipun dia belum 100 peratus cergas. Saya tidak tahu sama ada ia akan bertambah buruk nanti.

“Saya tak berharap ia akan menjadi lebih buruk berbanding sebelum perlawanan dengan Stoke City. Ini kerana, dalam tempoh dua hari lagi, kami perlu bermain satu lagi perlawanan (menentang Everton dalam Piala FA).”

Mengulas mengenai ejekan peminat terhadap Hazard, Hiddink berkata: “Ya, mereka mempunyai hak untuk melakukan dengan apa yang mereka fikirkan. Kamu boleh meluahkan terus perasaan kamu.

“Dia juga mengalami beberapa masalah apabila tercedera di saat akhir di bahagian pinggul.”

ARTIKEL YANG SAMA