Costa jejas impian Blues

Costa jejas impian Blues

LONDON, 7 Ogos (AFP) – Permulaan kempen Liga Perdana Chelsea menentang Swansea esok (Sabtu) terganggu dengan masalah kecederaan Diego Costa juga menjejaskan usaha mereka untuk kekal sebagai kuasa terkemuka bola sepak di England.

Dua puluh gol Costa dalam 26 penampilan liga adalah penting ketika pasukan Jose Mourinho mengukuhkan cengkaman dari awal kejuaraan musim lalu.

Tetapi kebimbangan mengenai kecergasan penyerang Sepanyol itu menjadi persoalan besar sepanjang kempen dan sering membawa kepada kecemerlangan Eden Hazard untuk menutup kepincangan bahagian serangan apabila Costa tidak beraksi.

Costa yang dilihat tempang semasa aksi persahabatan menentang Barcelona baru-baru ini disusuli ketiadaannya semasa Perisai Komuniti hujung minggu lalu mendorong kebimbangan baru masalah bekas bintang Atletico Madrid itu masih belum hilang.

Pengurus Chelsea Jose Mourinho telah terperangkap oleh dasar beliau menurunkan skuad yang merangkumi tiga penyerang dengan Radamel Falcao yang tiba atas pinjaman dari Monaco untuk menyertai Loic Remy sebagai pengganti kepada Costa selepas Didier Drogba menyertai pasukan Major League Soccer Montreal Impact.

Reaksi Diego Costa selepas cedera dalam sesi latihan di Stadium Rajamangala semasa jelajah Asia Chelsea di Bangkok 29 Mei lalu. – AFP
Reaksi Diego Costa selepas cedera dalam sesi latihan di Stadium Rajamangala semasa jelajah Asia Chelsea di Bangkok 29 Mei lalu. – AFP

Bukti pra musim menggariskan pilihan penyerang Chelsea tidak berapa mantap berbanding pesaing utama mereka dan Mourinho tidak menolak kemungkinan Costa untuk berdepan Swansea apabila juara itu kembali beraksi di Stamford Bridge amat tipis.

Pasukan Mourinho gagal memenangi mana-mana aksi pemanas badan dalam 90 minit dan berdepan Swansea selepas mengalami kekalahan berturut-turut 1-0, pertama kepada Arsenal di Wembley Ahad lalu dan tewas kepada Fiorentina Rabu lalu.

Dan ketika tewas aksi persahabatan sudah cukup memberikan amaran, Chelsea kelihatan makin tumpul di depan gawang dengan Falcao yang dipinjamkan kepada Manchester United musim lalu, hanya menunjukkan sedikit sahaja tanda-tanda kembali kepada yang terbaik.

Premier League matchday 1