Costa masuk hospital

Costa masuk hospital

LONDON, 28 Okt (AFP) – Penyerang Chelsea Diego Costa terpaksa dikejarkan ke hospital akibat cedera tulang rusuk ketika penyandang juara itu tewas kepada Stoke City pada pusingan keempat saingan Piala Liga, menurut pengendalinya, Jose Mourinho.

Penyerang kelahiran Brazil yang beraksi untuk Sepanyol itu mengalami kecederaan sendiri selepas berlaga dengan penjaga gol Stoke Jack Butland, sebelum dikeluarkan pada minit ke-33 dan digantikan dengan Loic Remy.

“Dia berada di hospital,” dedah Mourinho pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Brittania itu awal pagi semalam.

Ketika ditanya lanjut mengenai kecederaan dialami Costa, dia berkata” Saya tidak tahu. Saya fikir dia menumbuk dirinya sendiri.”

Diego Costa menerima rawatan selepas cedera semasa menentang Stoke City di Stadium Britannia semalam. – AFP
Diego Costa menerima rawatan selepas cedera semasa menentang Stoke City di Stadium Britannia semalam. – AFP

Dalam perlawanan itu, Chelsea tewas 5-4 menerusi sepakan penalti, dengan Butland muncul wira apabila menyelamatkan sepakan Eden Hazard selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa tambahan.

Costa, 27, adalah penjaring terbanyak Chelsea pada musim lalu dengan 21 gol pada kempen pertamanya selepas berpindah dari Atletico Madrid, namun musim ini hanya mampu menjaringkan tiga gol dalam semua pertama setakat ini.

Walters memecah kebuntuan pada minit ke-52 apabila mendapatkan hantaran Glenn Whelan di luar kotak penalti, berpusing dan melepaskan rembatan tetapi mengenai palang.

Eden Hazard gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menambah derita Mourinho dan hanya menunggu nasibnya bersama The Blues.