Costa Rica guna dron bawa ubat-ubatan

Costa Rica guna dron bawa ubat-ubatan

SAN JOSE, 14 Sept – Kerajaan Costa Rica akan menggunakan dron ntuk menghantar ubat kepada yang memerlukan perubatan bagi masyarakat pribumi di Talamanca dan Valle La Estrellas, kawasan pedalaman pantai Caribbean.

“Ini adalah satu projek perintis inovatif bagi institusi … membolehkan kita untuk menyampaikannya kepada penduduk di rantau paling terpinggir di negara ini,” kata Jabatan Keselamatan Sosial Negara (CCSS) dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut penyelaras perkhidmatan farmaseutikal CCSS, Esteban Vega, dron khas itu akan mengangkut 13,200 kotak ubat-ubatan setiap bulan yang hanya akan mengambil masa kurang daripada 45 minit untuk menyampaikan ubat pada setiap kali penghantaran. Penghantaran pada masa ini (belum menggunakan dron) telah mengambil masa antara tiga jam dan tiga hari, bergantung kepada keadaan cuaca dan kemudahan.

Jenis-jenis ubat akan dihantar oleh pihak berkuasa kesihatan yang merawat penduduk itu, dan membenarkan “akses yang perubatan yang sama antara penduduk bandar dan luar bandar.” – Xinhua

Gambar fail bertarikh 22 Julai 2016 menunjukkan penghantaran makanan melalui perkhidmatan dron yang diluluskan oleh pegawai penerbangan. – AFP
Gambar fail bertarikh 22 Julai 2016 menunjukkan penghantaran makanan melalui perkhidmatan dron yang diluluskan oleh pegawai penerbangan. – AFP