Costa Rica, Nicaragua bersedia hadapi taufan Otto

Costa Rica, Nicaragua bersedia hadapi taufan Otto

BLUEFIELDS, Nicaragua, 24 Nov – Costa Rica mengumumkan darurat negara beberapa jam sebelum taufan Caribbean dijangka akan membadainya dan negara jirannya, Nicaragua hari ini.

Ia akan menjadi yang pertama kali Costa Rica dilanda taufan secara langsung sejak tahun 1851.

Taufan Otto, meningkat dari ribut tropika oleh Pusat Taufan Kebangsaan AS, dengan membawa kelajuan angin 140 km sejam yang diramalkan semakin bertambah kuat sebelum bertemu daratan.

Sistem bergerak perlahan itu dijangka akan berpusar-pusar perlahan menuju ke utara Costa Rica dan selatan Nicaragua dalam masa dua hari, membawa hujan lebat yang pusat AS beri amaran kemungkinan akan ‘mengakibatkan banjir kilat dan gelongsor lumpur yang mengancam nyawa’.

Kedua-dua negara telah mengeluarkan amaran merah di kawasan yang dilanda teruk, memindahkan ribuan orang dan mengarahkan penutupan sekolah-sekolah, beberapa daripadanya bakal dijadikan tempat berlindung.

Pengumuman Presiden Costa Rica, Luis Guillermo mengenai darurat negara bermaksud jabatan-jabatan kerajaan di negaranya akan ditutup pada hari ini dan Jumaat, kecuali yang berdepan dengan ribut tersebut.

“Biar saya perjelaskan di sini: taufan itu berpotensi membawa kemusnahan teruk. Kami berharap tiada siapa yang cedera, namun itulah kenapa kita harus bersedia, dan mengikuti arahan pihak berkuasa,” tegas Solis.

Di Bluefields, sebuah bandar Nicaragua dengan penduduk seramai 45,000 orang, tempat laluan ribut, ramai yang panik membeli lampu berkuasa bateri, air botol, makanan dalam tin dan beg plastik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA