Costa tidak tinggalkan Chelsea

Costa tidak tinggalkan Chelsea

LONDON, 14 Dis (Agensi) – Jose Mourinho menegaskan betapa Diego Costa tidak akan meninggalkan Chelsea.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu bergelut untuk mengembalikan prestasinya musim ini dan baru-baru ini dikaitkan dengan kepulangan ke Atletico Madrid.

Costa membuka luas pintu untuk kembali ke ibu kota Sepanyol itu minggu lalu apabila tidak menolak kemungkinan akan berpindah sambil mengakui “kehidupan penuh kejutan”.

Ia hadir sejurus diketepikan daripada kesebelasan utama Chelsea ketika seri berdepan Spurs, namun Mourinho percaya dia akan kekal di Stamford Bridge.

Kata Mourinho: “Atletico ialah kelab yang hebat, La Liga ialah liga yang hebat, jadi kenapa pemain berusia 28 tahun tidak memikirkan mengenai kemungkinan untuk kembali?.

Diego Costa ketika digantikan dalam perlawanan Liga Juara-juara baru-baru ini. – Reuters
Diego Costa ketika digantikan dalam perlawanan Liga Juara-juara baru-baru ini. – Reuters

“Saya tidak nampak masalah. Dia gembira di sini. Saya rasa dia masih ada kontrak tiga tahun lagi.

“Saya percaya dia akan kekal di Chelsea untuk tiga tahun lagi, tiada masalah.”

Costa kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama Chelsea ketika aksi Liga Juara-Juara mengatasi Porto dan memainkan peranan penting untuk gol pembukaan.

Dia dijangka akan disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk pertemuan menentang Leicester dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi esok dengan keputusan sebelum ini menyaksikan Chelsea jatuh ke tangga ke-16 – hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

ARTIKEL YANG SAMA