Cotopaxi meletus, Presiden Ecuador isytihar darurat

Cotopaxi meletus, Presiden Ecuador isytihar darurat

LATANCUGUA, Ecuador, 16 Ogos (AFP) – Presiden Ecuador Rafael Correa semalam mengisytiharkan keadaan ketika gunung berapi Cotopaxi kembali aktif dan mengeluarkan arahan pemindahan di beberapa buah kampung yang terancam oleh tanah runtuh.

“Sebagai langkah berwaspada, sejumlah 400 orang sudah dipindahkan,” kata presiden dalam ucapannya melalui radio dan televisyen sejurus sebelum menandatangani dekri tersebut.

Gunu berapi tersebut, setinggi 5,897 meter, dianggap sebagai salah sebuah gunung berapi yang paling berbahaya di wilayah itu – kerana saiz dan kedudukannya yang hampir dengan bandar sesak dengan penduduk.

“Situasi sekarang di sekitar Cotopaxi adalah amat serius yang menjurus kerajaan mengambil langkah segera untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” kata Ketua Keselamatan Awam, Cesar Navas.

Pemandangan menunjukkan kepulan asap dan debu gunung berapi Cotopaxi, dari bandar Machachi, 20 km ke utara Cotopaxi di Ecuador pada 15 Ogos 2015. – AFP
Pemandangan menunjukkan kepulan asap dan debu gunung berapi Cotopaxi, dari bandar Machachi, 20 km ke utara Cotopaxi di Ecuador pada 15 Ogos 2015. – AFP

Gunung berapi tersebut mula meletus dengan asap dan debu pada Jumaat lepas, serta letusannya mampu mencapai sehingga lapan kilometer ke udara.

Dengan mengisytiharkan keadaan darurat di Ecuador – presiden boleh mengarahkan sumber-sumber dan pengerahan anggota tentera untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan aktiviti gunung berapi berkenaan.