Coutinho akui jasa Klopp

Coutinho akui jasa Klopp

LONDON, 23 Feb (Reuters) – Bintang Liverpool, Philippe Coutinho percaya Jurgen Klopp membantunya dan rakan sepasukan menjadi pemain lebih baik sambil mengakui pengendali dari Jerman itu amat berharga buat kelab Merseyside itu.

The Reds menuju ke pentas final Piala Liga minggu ini, dengan Klopp mencari gelaran pertama sejak menggantikan Brendan Rodgers awal musim ini.

Mereka berjaya ke Wembley selepas menumbangkan pencabar Manchester City 4-1 di Etihad pada November lalu – perlawanan menyaksikan Coutinho menyinar.

Perancang antarabangsa Brazil itu percaya walaupun The Reds menampilkan rentak tidak konsisten dalam EPL, orang ramai sudah melihat potensi sebenar mereka di bawah Klopp.

“Dia (Klopp) membina sebuah pasukan yang hebat di Dortmund dan ia sangat hebat untuk Liverpool mendapat sentuhannya,” kata Coutinho.

“Dalam latihan, kami bekerja keras dan menikmati kaedahnya, yang membantu kami menjadi pemain yang lebih lengkap.

“Sedikit demi sedikit, kami mula menterjemahkan kaedah latihannya dan saya rasa semua orang sudah melihat bahawa berkesannya falsafah diterapkannya jika diikut dengan sebaik mungkin.”

Selain itu, Coutinho percaya corak permainan tekanan tinggi diamalkan di Anfield, yang membantu Dortmund menjuarai Bundesliga dua kali berturut-turut dan membolehkan mereka bermain seperti yang diimpikan.

Jurgen Klopp pulang ke Jerman selepas kecewa dengan kekalahan pasukan Liverpool yang diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Augsburg dalam Liga Europa.

Bagaimanapun Klopp berkata Liverpool mempunyai peluang yang baik untuk menang dengan apa yang disifatkannya sebagai ‘Liga Juara-Juara kecil’.

ARTIKEL YANG SAMA