Coutinho direhatkan lima minggu

Coutinho direhatkan lima minggu

LONDON, 30 Nov – Penyerang Liverpool, Philippe Coutinho akan direhatkan sekurang-kurangnya lima minggu berikutan kecederaan ligamen buku lali.

Pemain kelahiran Brazil itu menjalani ujian imbasan pada pergelangan kaki kanannya, semalam selepas terpaksa dipapah keluar ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu bertemu Sunderland.

Pengendali The Reds, Jurgen Klopp mengesahkan pemain berusia 24 tahun itu berkemungkinan tidak akan bermain sehingga tahun baru.

“Phil memerlukan lima ke beberapa minggu sebelum kita kembali memperoleh khidmatnya,” kata Klopp. Coutinho tampil cemerlang bersama Liverpool yang menjadi pemain paling berpengaruh musim ini selepas menjaringkan enam gol dalam 13 penampilan dalam semua kejohanan.

Meskipun begitu, Klopp menegaskan pasukannya mampu menampung ketiadaannya.

Coutinho ketika mengalami kecederaan pada ligamen buku lalinya pada perlawanan menentang Sunderland baru-baru ini. – AFP
Coutinho ketika mengalami kecederaan pada ligamen buku lalinya pada perlawanan menentang Sunderland baru-baru ini. – AFP

“Ia tidak boleh dijadikan alasan. Sebagus mana pun dia, dia tidak memutuskan perlawanan secara bersendirian walaupun kadang kala ia kelihatan seperti itu,” katanya.

“Ia disebabkan oleh prestasi pasukan yang kami cipta dan sudah tentu dia adalah sebahagian penting dalam pasukan ini. Sudah tentu kita boleh menanganinya. Jika dia tidak ada, kamu perlu tunjukkan, dan kami akan menunjukkannya.” – AFP