Covergirl tampilkan model wanita Muslim berhijab

Covergirl tampilkan model wanita Muslim berhijab

JENAMA kosmetik terkemuka, Covergirl buat julung kalinya telah menampilkan seorang wanita yang memakai hijab bagi mengiklankan produk kosmetik terbaru daripada jenama tersebut.

Blogger kecantikan, Nura Afia telah terpilih sebagai penghias wajah kempen iklan maskara terbaru daripada jenama tersebut bersama-sama dengan penyanyi terkenal, Katy Perry dan pelakon hebat Sofia Vergara.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Covergirl, Afia jelas tidak pernah menyangka untuk menampilkan seorang wanita Muslim dan berhijab mendapat peluang untuk menjadi wajah penghias bagi kempen terbaru Covergirl.

Covergirl turut menjelaskan bahawa kempen iklan terbaru itu bakal disiarkan secara digital di kaca televisyen.

Afia mempunyai lebih daripada 215,000 pengikut di laman YouTube di mana beliau banyak mengongsikan tips aplikasi bersolek dan penjagaan kecantikan. – AP

Nura Afia, seorang wanita Muslim dan berhijab telah terpilih sebagai penghias wajah kempen iklan maskara terbaru daripada jenama Covergirl.
Nura Afia, seorang wanita Muslim dan berhijab telah terpilih sebagai penghias wajah kempen iklan maskara terbaru daripada jenama Covergirl.

ARTIKEL YANG SAMA