CP Kelco hasrat bina kilang biogam

CP Kelco hasrat bina kilang biogam

ATLANTA, 23 Nov (Agensi) – CP Kelco, pengeluar global yang terkemuka bagi penyelesaian hidrokoloid, hari ini mengumumkan hasratnya untuk membina kilang pembuatan moden baharu di Amerika Utara untuk gam gellan dan gam xanthan khas.

“Memandangkan peningkatan yang berterusan dalam permintaan global untuk gam gellan dan gam xanthan khas di semua pasaran serantau, pelaburan dalam kemudahan pengeluaran baharu menunjukkan komitmen kami untuk menjadi pembekal yang mapan dan inovasi utama produk-produk berprestasi tinggi ini dalam jangka masa panjang,” kata Don Rubright, Presiden CP Kelco.

CP Kelco menghasilkan gam gellan dan gam xanthan khas untuk digunakan dalam pelbagai jenis makanan, minuman dan aplikasi lain di kedua-dua ekonomi maju dan pasaran yang baru muncul.

Mengenai CP Kelco Berpangkalan di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, dan sebahagian daripada J.M. Huber Corporation, CP Kelco adalah pengeluar utama hidrokoloid khas dengan pejabat dan kemudahan di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA