CP2 tewaskan Flywheel FC 3-1

CP2 tewaskan Flywheel FC 3-1

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Bagi Tahun 2015-2016 diteruskan lagi hari ini dengan Flywheel FC kali ini menentang CP2 di Padang Bolasepak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Ini merupakan perlawanan kali pertama buat Pasukan CP2 yang telah membuahkan hasil dengan kemenangan 3-1 ke atas Flywheel FC.

Dalam perlawanan tersebut, Flywheel FC dilihat bersemangat apabila mendahului 1-0 di separuh masa pertama hasil jaringan Pengiran Hadisham bin Pengiran Omar yang kekal hingga separuh masa pertama tamat.

Namun Pasukan CP2 tidak berputus asa, mereka kembali garang di separuh masa kedua dengan dua jaringan yang dihasilkan oleh Haji Sulaiman bin Bakar, diikuti jaringan rakan sepasukannya, Awang Amran bin Yaakob menjadikan keputusan perlawanan 3-1 memihak kepada Pasukan CP2 hingga wisel tamat.

Kejohanan akan diteruskan lagi pada tahun depan iaitu pada hari Ahad, 3 Disember 2016 pada jam 4:30 petang iaitu perlawanan di antara Komersial United menentang SPS United.

Antara aksi ketika perlawanan tersebut yang berkesudahan 3-1 memihak kepada Pasukan CP2.
Antara aksi ketika perlawanan tersebut yang berkesudahan 3-1 memihak kepada Pasukan CP2.

ARTIKEL YANG SAMA