CPS muncul juara Futsal Brunei Press

CPS muncul juara Futsal Brunei Press

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Commercial Printing Services (CPS) muncul juara Kejohanan Mini antara Bahagian Brunei Press Sdn Bhd 2016 setelah mengumpul 10 mata dari tiga menang dan satu seri.

Kejohanan yang dijalankan dalam format liga satu pusingan (round robin) itu telah disertai lima buah pasukan, yang mewakili jabatan masing-masing iaitu Borneo Bulletin, Media Permata, CPS, Sekuriti dan Production.

Meraih naib juara ialah Pasukan Sekuriti, yang berjaya mengutip sembilan mata hasil daripada tiga menang dan satu kalah, manakala Media Permata berpuas hati memenangi tempat ketiga dengan mengumpul tujuh mata daripada dua menang, satu seri dan satu kalah.

Production pula menduduki tangga keempat dengan mengumpul tiga mata menerusi satu-satunya kemenangan yang berjaya diraihnya iaitu kemenangan 2-1 ke atas Borneo Bulletin.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang termasuk Pemain Paling Bernilai (MVP) kepada pemain CPS, Awang Mohd Farizal Fadillah bin Haji Shari ialah Instruktor Bolasepak Akar Umbi FIFA, Haji Puspa bin Haji Mohammad.

Warga Brunei Press yang mewakili CPS, Sekuriti, Media Permata dan Production bergambar ramai dengan tetamu kehormat (tengah).
Warga Brunei Press yang mewakili CPS, Sekuriti, Media Permata dan Production bergambar ramai dengan tetamu kehormat (tengah).

CPS menjuarai kejohanan dengan rekod tanpa kalah bermula dengan kemenangan 2-0 ke atas Production, kemudian menang 1-0 ke atas Borneo Bulletin, disusuli dengan kemenangan besar 4-1 ke atas Sekuriti dan akhirnya seri 0-0 dengan Media Permata.

Sekuriti pula bermula de-ngan catatan menang 1-0 ke atas Media Permata, disusuli kemenangan 1-0 ke atas Production, tewas 1-4 kepada CPS dan akhirnya menang 2-0 ke atas Borneo Bulletin.

Media Permata yang tewas 0-1 dalam perlawanan pertamanya ketika menentang Sekuriti, bangkit dengan kemenangan 1-0 ke atas Borneo Bulletin dan 3-0 ke atas Production, sebelum menamatkan kempen dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan CPS.

ARTIKEL YANG SAMA