CR7 intai sejarah

CR7 intai sejarah

MALMO, Sweden, 29 Sept (AFP) – Cristiano Ronaldo berazam untuk menamatkan kemarau jaringan dalam tiga perlawanan lalu apabila Real Madrid berkunjung ke Malmo dalam persaingan Liga Juara–Juara esok.

Ronaldo hanya memerlukan dua jaringan sahaja lagi untuk menyamai rekod 323 jaringan Raul sebagai penjaring terbanyak Madrid sepanjang masa.

Bagaimanapun, pemain Portugal itu dipaksa untuk menunggu masa bersejarahnya selepas kegagalan untuk menjaringkan sebarang gol dalam La Liga menentang Granada, Athletic Bilbao dan Malaga dalam tempoh 10 hari lalu.

Ronaldo merasa kecewa ketika Real gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan di laman sendiri buat kali pertama dalam 56 perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 menentang Malaga Sabtu lalu biarpun mendapat 31 percubaan ke sasaran dengan 14 daripadanya percubaan Pemain Terbaik Dunia itu.

Namun, Ronaldo yang kerap menyelamatkan permainan terbaiknya malam itu ketika menjaringkan hatrik dalam kemenangan 4-0 Madrid ke atas Shakhtar Donetsk dalam aksi pembukaan Kumpulan A untuk bergerak sendiri sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Juara–Juara dengan 80 gol.

Ronaldo berazam untuk menamatkan kemarau gol dalam tiga perlawanan apabila Real Madrid berkunjung ke Malmo untuk aksi Liga Juara–Juara. – Reuters
Ronaldo berazam untuk menamatkan kemarau gol dalam tiga perlawanan apabila Real Madrid berkunjung ke Malmo untuk aksi Liga Juara–Juara. – Reuters

“Semua orang tahu apa yang disukainya. Dia tidak taksub dengan mengatasi rekod itu tetapi menumpukan untuk membantu pasukan menang,” pertahanan Madrid, Marcelo memberitahu laman sesawang kelab itu.

Pasukan Rafael Benitez dua kali terikat seri tanpa jaringan dalam enam perlawanan pembukaan La Liga, tetapi bekas bos Liverpool dan Chelsea itu merasa yakin jaringan akan hadir bagi gergasi Sepanyol itu jika mereka terus mencipta banyak peluang seperti ketika menentang Malaga.

“Mencipta banyak peluang dilihat begitu positif bagi saya, tetapi menghalang peluang dalam serangan mengejut adalah sesuatu yang perlu diperbaiki begitu juga menguruskan kebimbangan pada akhir perlawanan,” katanya.

“Apabila penjaga gawang pasukan lawan menjadi wira perlawanan, bermakna tugasan menyerang anda untuk mencipta banyak peluang terpaksa berdepan banyak campur tangan daripadanya.”

Benitez juga terjejas dengan beberapa kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama sejak beberapa minggu. James Rodriguez dan Gareth Bale tidak mungkin kembali beraksi di Sweden bersama Madrid menentang Atletico Ahad ini.