CR7 ledak hatrik

CR7 ledak hatrik

MADRID, 1 Feb – Cristiano Ronaldo meledak hatrik kali ke-29 di La Liga Sepanyol bagi membantu Real membenam Espanyol 6-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Kemenangan itu juga membantu jurulatih baharu Real, Zinedine Zidane melonjak kedudukan kelab dengan perbezaan hanya empat mata daripada pendahulu, Barcelona.

Madrid sekarang mengutip 10 mata dan menjaringkan 17 gol dalam empat perlawanan sejak Zidane menggantikan Rafael Benitez awal bulan ini.

Ronaldo menegaskan keadaan itu adalah kerana permintaan pengurus dari Perancis itu bagi skuad agar lebih cergas.

“Pasukan bekerja keras. Sejak tiga minggu yang lalu, anda telah menyaksikan dengan keputusan itu di atas padang,” Ronaldo memberitahu Canal Plus.

Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukan Real Madrid semasa perlawanan bola sepak liga Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid. – AFP
Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukan Real Madrid semasa perlawanan bola sepak liga Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid. – AFP

Zidane menekankan kepentingan untuk memperbaiki kecergasan Madrid sejak dilantik tiga minggu lalu.

Namun berbeza dengan nasib Gary Neville di La Liga sejak mengambil alih Valencia apabila terus ditimpa kekalahan dan kali ini kepada Sporting Gijon 1-0, kekalahan pertama di gelanggang sendiri sejak November 2014.

Aksi Real nyata cemerlang apabila mengumpul empat gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Karim Benzema dan James Rodriguez yang masing-masing meledak satu gol manakala dua gol menerusi Ronaldo.

Pemain Terbaik Dunia itu melengkapkan hatriknya sembilan minit sebelum tamat permainan sebelum Oscar Duarte menghadiahkan gol sendiri pada minit ke-86.

“Kami perlu bekerja lebih keras lagi sebagai satu pasukan dan kini kami mempunyai pemikiran yang positif,” kata Ronaldo. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA