CR7 mahu 7 Ballon D’or

PARIS, 6 Dis – Cristiano Ronaldo (gambar) dijangka akan mengumpul gelaran yang sama dengan pencabar utamanya Lionel Messi esok dengan merangkul anugerah Ballon d’Or kelima atas sumbangannya membawa Real Madrid menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara musim lepas.

Bintang Barcelona dari Argentina yang berusia 30 tahun itu menerima anugerah berprestij itu dari tahun 2009 ke 2012 dan pada tahun 2015. Manakala bintang Portugal, Ronaldo, 32, merangkul gelaran itu pada 2008, 2013, 2014 dan tahun lepas.

Pemain yang dibimbing oleh bekas jurulatih Manchester United Alex Ferguson memenangi anugerah Ballon d’Or keempatnya selepas memiliki musim yang menakjubkan, pertama membawa Real menjuarai Liga Juara-Juara sebelum membawa pasukan kebangsaannya Portugal menjuarai Euro 2016 di Paris.

Anugerah Majalah The France Football akan ditentukan melalui undian dari wartawan dan setiap seorang akan mengemukakan lima teratas dari senarai 30.

Musim 2016-2017 merupakan musim kemenangan untuk Ronaldo, yang memulakan musim dengan perlahan sebelum Real mengatasi Barcelona dalam piala domestik dan menjadi pasukan pertama dalam era moden untuk mempertahankan kejuaraan Eropah.

Selepas menyingkirkan Napoli, Bayern Munich dan Atletico Madrid dalam peringkat kalah mati, Ronaldo berjaya menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 menentang Juventus pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, melanjutkan rekod jaringannya kepada 12 gol dalam pertandingan pada musim tersebut.

“Musim lepas adalah yang terbaik. Kami menjuarai liga dan Liga Juara-Juara, di mana saya sekali lagi menjadi penjaring terbanyak,” Ronaldo memberitahu akhbar harian, L’Equipe.

Tujuh pemain Real tersenarai dalam 30 pemain termasuk Karim Benzema, Marcelo, Isco, Luka Modric, Sergio Ramos and Toni Kroos, bersama penyerang prolific mereka, Ronaldo. Pemain Barcelona selain Messi ialah penyerang Uruguay, Luiz Suarez.

“Saya mahu tujuh, lima bagus tetapi tujuh adalah number terbaik saya jadi tujuh adalah terbaik. Saya mahu tujuh Ballons d’Or,” jelas Ronaldo.

Musim lepas juga menyaksikan perkembangan pemain tengah Belanda Wesley Sneijder, pemenang Liga Juara-Juara, Serie A dan Piala Itali dan finalis Piala Dunia bersama Belanda. – AFP