CR7 masih bersama Real

CR7 masih bersama Real

MADRID, 29 Jun (Reuters) – Pemain Terbaik Dunia Cristiano Ronaldo akhirnya tampil menafikan laporan media yang menyebut dia tidak gembira di Real Madrid dan dikatakan mahu mencari jalan keluar.

Penyerang Portugal itu amat jarang membuat sebarang kenyataan dan ia bermula sejak kekalahan kelabnya di tangan Schalke 04 pada saingan Liga Juara-Juara, Mac lalu.

Walaupun Ronaldo melakar banyak jaringan musim ini, Real tetap gagal menamatkan kempen dengan sebarang kejuaraan dan jurulatih Carlo Ancelotti terpaksa dipecat dan pengurusan membawa masuk pengendali baru, Rafael Benitez.

Bekas pemain Manchester United pernah menyatakan sokongannya kepada Ancelotti, sejurus sebelum dipecat dan kehadiran Benitez mengukuhkan lagi spekulasi yang menyebut Ronaldo tidak lagi diutamakan kelab selain didakwa pernah berselisih faham dengan presiden kelab Florentino Perez.

Ronaldo menafikan mahu meninggalkan Santiago Bernabeu sebaliknya menyatakan beliau gembira kekal bersama Real Madrid. – Reuters
Ronaldo menafikan mahu meninggalkan Santiago Bernabeu sebaliknya menyatakan beliau gembira kekal bersama Real Madrid. – Reuters

“Saya secara jujurnya meminta supaya laporan palsu seperti itu dihentikan dan saya mahu menjalani hidup dengan aman,” kata Ronaldo yang sedang bercuti di Miami.

“Laporan yang mengatakan saya mahu mencari jalan keluar gara-gara konflik dengan Real Madrid adalah tidak benar sama sekali,” kata bintang Portugal berusia 30 tahun itu kepada akhbar sukan Portugal, A Bola.

“Saya sangat gembira di kelab terbaik dunia itu dan tidak sabar mengharungi musim baru bersama mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA