CR7 mengatasi 500 jaringan kerjaya

CR7 mengatasi 500 jaringan kerjaya

MALMO, Sweden, 1 Okt (AFP) – Cristiano Ronaldo mengatasi 500 jaringan sepanjang kerjayanya dan mengikat Raul sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa Real Madrid dengan dua jaringan bagi kemenangan pasukan gergasi Sepanyol itu 2-0 di Malmo semalam.

“Saya berasa gembira. Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang membantu saya mencapai jumlah ini dan untuk mengatasi rekod pada kelab terbesar dalam dunia adalah satu penghormatan,” kata Ronaldo.

Pemain itu, 30, menjaringkan gol ke 500 dan 501 untuk membawa Madrid mencatatkan kemenangan menentang juara Sweden dalam pertemuan Kumpulan A, juga melanjutkan jumlah rekod jaringannya dalam Liga Juara-Juara kepada 82.

Dengan tambahan, bintang dari Portugal itu menyamakan kedudukan jaringan bersama Raul dengan 323 jaringan bagi Madrid biarpun beraksi leboh 400 perlawanan bagi Los Blancos berbanding legenda dari Sepanyol itu.

Cristiano Ronaldo meraikan jaringan pembukaannya pada Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Malmo New di Malmo, Sweden. – Agensi
Cristiano Ronaldo meraikan jaringan pembukaannya pada Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Malmo New di Malmo, Sweden. – Agensi

Bagaimanapun, menurut rekod kelab itu, Ronaldo sudah menjadi penjaring terbanyak Madrid sepanjang masa ketika mereka menambah satu jaringan yang secara rasminya dianugerahkan oleh liga Sepanyol kepada Pepe dalam kekalahan 2-1 kepada Real Sociedad pada 2010.

“Dia telah mengatasi Raul, yang juga seorang fenomena dan ia menunjukkan bahawa dia telah menjaringkan banyak gol,” tambah jurulatih Madrid, Rafael Benitez.

“Saya berharap, dia tidak mempunyai had. Saya berkata dia tidak dipertikaikan pada masa lalu dan meritnya adalah apa yang dilakukannya kurang dari selebihnya. Ia menambah kepada lebih nilai kepada apa yang dicapainya.”

Dua jaringan itu membolehkan Ronaldo berada di depan Raul sebagai penjaring terbanyak bagi juara Eropah 10 kali dalam Liga Juara-Juara dengan 67 gol.

Ronaldo mencapai kejayaan 500 jaringan itu dalam perlawanan ke 753 dengan 118 gol ketika dia berada di Manchester United, lima ketika di kelab zaman kanak-kanaknya, Sporting Lisbon dan 55 bagi Portugal.