CR7 paling laku

CR7 paling laku

PARIS, 11 Jun (AFP) – Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengekalkan status pemain bola sepak paling popular dari sudut pemasaran di Eropah/Dunia dan dikenali lebih 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia, menurut kajian yang dikeluarkan hari ini.

Penyerang antarabangsa Portugal berusia 30 tahun itu mengatasi bintang England, Wayne Rooney dan jaguh Sepanyol, Andres Iniesta dalam senarai 10 terbaik di Eropah, menurut firma pemasaran sukan, Repucom.

Penyerang Belanda, Robin van Persie dan Arjen Robben serta perancang Itali, Andrea Pirlo juga melengkapkan senarai enam pemain paling popular di Eropah.

“Dari segi pemasaran secara keseluruhan, global, Ronaldo jauh meninggalkan pencabarnya yang lain di Eropah,” kata firma itu yang berkata 83 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia – 85 peratus lelaki dan 80 peratus wanita – pernah mendengar nama penyerang bintang itu.

Dianggarkan, Ronaldo meraih pendapatan 30 juta euro hingga 35 juta euro setahun daripada penajanya.

Ronaldo ketika menerima Anugerah Ballon d’Or FIFA 2013 dalam gambar fail 14 Januari 2014. - AFP
Ronaldo ketika menerima Anugerah Ballon d’Or FIFA 2013 dalam gambar fail 14 Januari 2014. – AFP

Penyerang Manchester United, Rooney dikenali lebih daripada 54 peratus orang di seluruh dunia dan meraih pendapatan dianggarkan 4.5 juta euro hingga 5 juta euro setahun daripada penajanya.

Van Perside dan Robben masing-masih dikenali 46 peratus penduduk dunia dalam kajian yang dilakukan terhadap 6,500 orang ramain di 13 negara bola sepak dunia, Argentina, Australia, Brazil, Britain, China, Perancis, Germany, India, Itali, Jepun, Russia, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Pirlo pula memperoleh peratusan 41 peratus dan melengkapkan 10 kedudukan teratas ialah Mesut Ozil serta Mario Goetze (keenam dan tujuh), kelapan Gareth Bale manakala pemain Chelsea, Eden Hazard ke-10.

Seandainya bintang Argentina, Lionel Messi menyertai senarai Eropah, dia masih belum mampu untuk mengatasi Ronaldo. Menurut Repucom, Messi dikenali 74 peratus orang di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA