CR7 perlu lebih rehat

CR7 perlu lebih rehat

MADRID, 21 April – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui dia sepatutnya merehatkan bintang Cristiano Ronaldo lebih banyak pada minggu kebelakangan ini selepas dia cedera ketika Real menang 3-0 mengatasi Villarreal awal pagi tadi.

Ronaldo dilihat mengalami kecederaan pada hamstring kanan sebelum meninggalkan padang pada minit-minit terakhir, meletakkannya dalam risiko untuk bermain bersama Madrid pada separuh akhir Liga Juara-Juara pusingan pertama berdepan Manchester City, minggu depan.

Zidane yakin Pemain Terbaik Dunia tiga kali itu akan cergas untuk berdepan pasukan England itu, namun menyedari dia perlu lebih menjaga pemain Portugal itu yang bermain dalam semua perlawanan kecuali seminit sepanjang 43 perlawanan La Liga dan Liga Juara-Juara.

“Dia sedikit bimbang, tetapi saya tidak rasa ia sesuatu yang serius,” kata Zidane. “Saya akan melihat esok (hari ini) apa yang berlaku kepadanya. Saya lebih tenang sekarang berbanding ketika melihatnya keluar dari padang.

“Bagi jurulatih, apabila melihat anda ada pemain seperti Cristiano, kadangkala adalah penting buatnya tidak bermain dalam perlawanan atau tidak menamatkan perlawanan.”

Ronaldo mengalami kecederaan semasa berdepan Villarreal kelmarin dan berisiko terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Citizens minggu depan. – AP
Ronaldo mengalami kecederaan semasa berdepan Villarreal kelmarin dan berisiko terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Citizens minggu depan. – AP

Bagaimanapun, ada berita lebih baik terhadap kecederaan barisan depan buat Zidane ketika dia mengesahkan Gareth Bale akan cergas untuk kunjungan ke Rayo Vallecano Sabtu ini selepas diketepikan ketika berdepan Villarreal kerana kecederaan otot. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA