Crazy Sale Nazmi dapat respons menggalakkan

Crazy Sale Nazmi dapat respons menggalakkan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Selepas jam 10 malam semalam suasana di Gedung Tekstil Nazmi semakin rancak apabila berlangsungnya promosi Crazy Sale di salah sebuah cawangannya di kawasan Komersial Serusop.

Ketika ditemui, Pemilik Nazmi Textile Mall, Nazeer Ahmad ketika ditemui menyatakan perasaan gembiranya untuk berpeluang berjumpa dan berinteraksi bersama pelanggan Nazmi yang setia selama ini.

“Setakat ini kami mendapat respons yang sangat menggalakkan dan tanpa pembeli pasti semua ini tidak akan menjadi kenyataan dan kami di Nazmi sangat bertuah untuk diberikan kepercayaan oleh pembeli sekalian,” tegasnya.

Sempena promosi itu para pelanggan menikmati potongan harga 20% hingga 70% dan juga berpeluang menikmati promosi beli satu percuma satu bagi barang terpilih di sana.

Apabila ditanya mengenai pandangannya kepada promosi jualan itu, beliau menegaskan Nazmi sangat berbesar hati untuk memberikan peluang kepada semua pelanggan mendapatkan kain, sinjang, songkok, dan aksesori serta keperluan lain yang terdapat di Nazmi pada harga yang rendah.

Nazeer Ahmad (Kanan) ketika melayani salah seorang pelanggan di Nazmi Textile Mall semalam.
Nazeer Ahmad (Kanan) ketika melayani salah seorang pelanggan di Nazmi Textile Mall semalam.
Anak perempuan Nazeer Ahmad ketika melayan para pelanggan sempena Crazy Sale berkenaan.
Anak perempuan Nazeer Ahmad ketika melayan para pelanggan sempena Crazy Sale berkenaan.

“Kami gembira untuk melihat wajah pelanggan yang pulang dengan senyuman dan inilah semangat perpaduan yang kami sentiasa pupuk bagi memastikan kehendak dan permintaan pelanggan dijadikan suatu keutamaan,” tegasnya lagi.

Pelanggan yang berkunjung ke sana bukan sahaja menikmati jualan pada harga rendah, mereka juga dialu-alukan untuk menikmati jamuan sahur yang dihoskan oleh Nazmi Textile Mall.

Beliau mewakili seluruh keluarganya dan seluruh warga Nazmi Textile Mall mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan mengingatkan supaya semua warga negara ini untuk sentiasa menjaga kesihatan supaya kenikmatan Ramadan lebih dirasai dengan tenang.

ARTIKEL YANG SAMA