Credit Agricole setuju bayar denda AS$8j

Credit Agricole setuju bayar denda AS$8j

NEW YORK, 20 Okt – Bank Perancis Credit Agricole telah bersetuju membayar AS$800 juta untuk menyelesaikan dakwaan ia melanggar sekatan AS di Iran dan negara lain, kata orang yang biasa dengan perkara itu semalam.

Penyelesaian, sebahagian daripada siasatan lama AS dalam bank Eropah atas urus niaga dolar haram dengan negara yang diletak di bawah sekatan AS, akan diumumkan pada minggu ini, mungkin seawalnya pada hari ini, kata orang tersebut.

Credit Agricole sedang membayar denda sebagai sebahagian daripada perjanjian pendakwaan tertangguh yang tidak memerlukan bank mengaku bersalah asalkan ia memenuhi syarat-syarat tertentu. Pihak berkuasa AS menuduh Credit Agricole memindah berbilion-bilion dolar kepada akaun yang dipegang oleh entiti di bawah sekatan AS seperti Iran, Sudan dan Cuba di antara tahun 2003 dan 2008.

Beberapa pengurus bank yang bertanggungjawab telah pun dipecat, sementara seorang pekerja masih bersama bank Perancis dan dijangka akan dipecat, menurut orang itu.

Selain daripada Keadilan, agensi yang terbabit dalam penyelesaian adalah Jabatan Perbendaharaan, Simpanan Persekutuan dan Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York.

p19-1_20151021

Credit Agricole berkata pada Ogos ia telah memperuntukkan AS$350 juta dalam peruntukan disebabkan ia berada dalam ‘peringkat maju’ dalam perbincangan mengenai pencabulan sekatan dan ia dijangka mencapai penyelesaian global pada musim luruh 2015.

Bank Perancis BNP Paribas diarahkan membayar denda berjumlah $8.9 bilion pada awal tahun ini atas pencabulan yang sama.

Lembaga Credit Agricole telah bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian, yang membenarkannya mengelak prosiding jenayah, menurut berita Bloomberg, yang memetik dua orang yang biasa dengan kes itu.

Bank Eropah lain termasuk Bank Deutsche, Societe Generale dan UniCredit telah pun berkata mereka bekerjasama dengan siasatan AS dalam pencabulan sekatan, kata agensi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA