Credit Suisse kurangkan kos, pekerjaan

Credit Suisse kurangkan kos, pekerjaan

ZURICH, 23 Mac (AFP) – Syarikat gergasi perbankan Switzerland, Credit Suisse hari ini mengatakan ia berhasrat untuk memotong kos tambahan hampir AS$1 juta dan mengurangkan lebih banyak pekerjaan ketika ia mempertingkatkan program penstrukturan semula yang dilaksanakan.

Ketua eksekutif baru Credit Suisse, Tidjane Thuam pada Oktober mengumumkan pembaikpulihan bank kedua terbesar Switzerland, mengurangkan lebihan dalam bank pelaburannya dan memfokuskan ke atas unit pengurusan kekayaan dan perbankan persendirian.

Namun bank yang telah menjadi lebih bercita-cita tinggi sejak itu, kini berhasrat untuk mengurangkan kos sekitar AS$4.3 bilion Swiss francs (AS$4.4 bilion, AS$3.9 bilion euro), meningkat daripada sasaran sebelumnya sebanyak AS$3.5 bilion, membolehkannya untuk memacu ‘asas kos operasi di bawah AS$18 bilion Swiss francs menjelang 2018,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tahun ini saja, bank itu menyasarkan 1.7 bilion dalam penjimatan kos, ujarnya.

Kumpulan itu mengatakan ia akan mempercepatkan penstrukturan aktiviti Pasaran Global, yang ia katakan telah dilanda teruk oleh ‘asas kos yang tinggi dan tidak boleh diubah yang menambah burukkan lagi keadaan pasaran bergolak dan isi padu rendah’ dalam suku akhir 2015.