Creta tegap dan bergaya

Creta tegap dan bergaya

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Model kereta Sport Utility Vehicle (SUV) terus diminati ramai di negara ini dan terbaru, Setia Motors Sdn Bhd memperkenalkan SUV Hyundai, Creta yang dilancarkan hari ini di bilik pameran syarikat pengedar itu.

Pelancaran Creta disempurnakan bersama oleh Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Ali Matussin dan Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Haji Irwan Haji Mohd Jair. Pada majlis itu juga, tiga pembeli awal Hyundai Creta menerima hadiah berupa telefon pintar Vivo disampaikan oleh James Chin.

Creta dinamakan sempena nama sebuah pulau terbesar di Greek, Crete yang menghubungkan Greece dengan Eropah, Asia dan Afrika. Ia merupakan SUV tegap yang menggunakan Advanced High Strength Steel (AHSS) dan Ultra High Strength Steel (UHSS) dengan rangka yang berbentuk seperti cincin dipasang dengan B-Pillar, C-Pillar dan enjin Bay, sekali gus menampakkan ketegaran rangka yang tinggi (high body rigidity).

James Chin, Haji Ali Matussin dan Haji Irwan bersama-sama melancarkan model terbaru SUV keluaran Hyundai, Creta kelmarin.
James Chin, Haji Ali Matussin dan Haji Irwan bersama-sama melancarkan model terbaru SUV keluaran Hyundai, Creta kelmarin.
Salah seorang daripada pembeli awal Hyundai Creta menerima hadiah telefon pintar Vivo dari Setia Motors Sdn Bhd yang disampaikan oleh James Chin.
Salah seorang daripada pembeli awal Hyundai Creta menerima hadiah telefon pintar Vivo dari Setia Motors Sdn Bhd yang disampaikan oleh James Chin.

pg10_160326_c

Dengan ciri-ciri itu, Creta juga mantap dari segi ketahanan dan prestasinya dalam keselamatan. Manakala enjin 1.6 liter dengan hamburan kuasa 123 ps pada kekuatan 6400/rpm, dengan transmisi pilihan enam kelajuan automatik atau manual, sebanding dengan rupanya. Manakala bahagian dalamannya dilengkapi dengan monitor skrin sentuh LCD 5 inci, soket USB dan stereng dengan kawalan jauh. Ia juga digabungkan dengan sistem kamera undur dan Bluetooth.

Orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri kehebatan kereta yang sudah pun terjual lebih daripada 50 unit semenjak ia dibawa masuk ke sini dua bulan lalu, bolehlah mengunjungi bilik pameran Setia Motors untuk melihat lebih dekat lagi kehebatannya.

ARTIKEL YANG SAMA