Crispy Tender Combo kini kembali

Crispy Tender Combo kini kembali

OIeh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – KFC Brunei kini kembali menawarkan produk popular Crispy Tenders Combo tanpa tulang bersama udang rangup kepada para pelanggan.

Dengan waktu yang terhad sahaja, produk yang dibuat 100 peratus daripada ayam tanpa tulang dan dimasak dengan sempurna itu boleah dinikmati dengan sos keju bawang bersama hidangan minuman Lemonade.

Menurut Bahagian Pemasaran KFC Brunei, Jaymee Lau, “Disebabkan oleh permintaan yang meningkat, kami membawa semula hidangan Kombo Sensasi Crispy Tenders. Hidangan ini dinikmati tanpa menghiraukan tulang ayam. Selain promosi Crispy Tenders, Promosi Cheesy Onion juga masih ditawarkan.”

Selain dua promosi popular ini, KFC juga melancarkan Holiday Bucket dengan udang rangup bagi keluarga dan rakan untuk dijadikan sebagai hidangan bersama. Para pelanggan boleh memilih produk tersebut bersama sembilan atau 15 ketul ayam, 10 ketul udang rangup, ubi kentang dan minuman Pepsi 1.5 liter.

KFC Crispy Tenders dan Holiday Bucket boleh didapati di kesemua cawangan KFC selagi stok masih ada.

ARTIKEL YANG SAMA