Croatia bangkit benam Sepanyol

Croatia bangkit benam Sepanyol

PARIS, 22 Jun (AFP) – kemenangan Ivan Perisic membolehkan Croatia mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Sepanyol yang menyaksikan juara bertahan Eropah itu akan bertembung pasukan Itali dalam persaingan 16 pasukan terakhir sementara Jerman pula menempah tempat mereka dalam pusingan kalah mati.

Mario Gomez menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk kemenangan 1-0 ke atas Ireland Utara di Paris bagi memastikan pasukan Joachim Loew mara sebagai pemenang Kumpulan C, dengan Poland layak sebagai pasukan tangga kedua berikutan kemenangan 1-0 ke atas Ukraine.

Walaupun Ireland Utara menjadi salah satu daripada enam buah negara terbaru, tetapi berjaya mencuri salah satu daripada empat tempat bagi pasukan tangga ketiga terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sepanyol sekarang perlu menewaskan Itali dalam perlawanan ulangan pada 2012 untuk kekal dalam persaingan bagi merangkul gelaran Kejohanan Eropah ketiga berturut-turut selepas tewas kepada Croatia di Bordeaux. Turki menewaskan Republik Czech 2-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D.

“Bukanlah sesuatu yang kami impikan,” kata jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque. “Ia adalah bola sepak. Walaupun seperti kami mengawal permainan, tetapi dalam bola sepak anda tidak akan dapat memandang mudah. Kami akan cuba untuk pulih daripada kekecewaan ini dan bersedia bagi perlawanan Isnin depan.”

Ivan Perisic menjaringkan gol kemenangan Croatia ketika menentang Sepanyol dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Nouveau Stade, Bordeaux kelmarin. – AP
Ivan Perisic menjaringkan gol kemenangan Croatia ketika menentang Sepanyol dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Nouveau Stade, Bordeaux kelmarin. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

Keputusan semalam juga bermakna Slovakia, Hungary dan Ireland Utara semuanya berjaya mara ke peringkat kalah mati.

Sepanyol hanya perlu menghindarkan kekalahan untuk menyelamatkan kedudukan teratas Kumpulan D. Alvaro Morata menjaringkan gol pada minit ketujuh yang menyaksikan seharusnya Sepanyol mara ke kelompok 16 terakhir menentang pasukan tangga ketiga.

Biarpun ketiadaan bintang Real Madrid, Luka Modric yang mengalami kecederaan, Croatia kembali bangkit. Nikola Kalinic menjaringkan gol penyamaan pada akhir separuh masa pertama.

Kapten Sepanyol, Sergio Ramos kemudian menyaksikan sepakan penalti separuh masa keduanya diselamatkan oleh Danijel Subasic, dan ia menjejaskan pasukannya ketika Perisic menjaringkan gol kemenangan tiga minit sebelum tamat untuk membawa Croatia mengungguli tempat pertama.

ARTIKEL YANG SAMA