Croatia bertemu Perancis di separuh akhir

Croatia bertemu Perancis di separuh akhir

LOS ANGELES, 18 Julai – Croatia melengkapkan kejutan dalam kebangkitan bagi persaingan Piala Davis setelah ketinggalan 2-0 untuk menewaskan pasukan Amerika Syarikat 3-2 semalam dan mara ke separuh akhir di mana mereka akan bertemu dengan Perancis.

Borna Coric mencatatkan kemenangan suku akhir bagi Pasukan Croatia dengan mencatatkan 6-4, 3-6, 6-3, 6-4 ke atas Jack Sock pada set kelima dan rubber set di gelanggang permukaan keras di Tualatin Hills Tennis Center di Portland, Oregon.

Croatia sekarang akan menjadi hos kepada pasukan Perancis pada bulan September bagi merebut tempat ke final. Ia adalah kali pertama mereka bangkit untuk memenangi pertandingan selepas tewas dalam dua rubber set yang pertama.

Coric bermula dengan garang menentang Sock, memenangi set pertama dalam tempoh 36 minit tetapi kemudian melepaskan set kedua sebelum menamatkannya.

Dia mencatatkan 10 aces dan memenangi 70 peratus dari mata servis keduanya dalam masa tiga jam dan tiga minit.

Dia mencatatkan kemenangan apabila Sock terlepas pukulan backhand yang menghantar bola tinggi dan tersasar.

Coric kemudian memegang topinya dan membalingnya tinggi ke udara sebelum berlari untuk memeluk rakan sepasukannya.

“Borna menunjukkan kami sejak beberapa tahun betapa kuatnya dia,” kata rakan sepasukan dan bekas juara Terbuka AS, Marin Cilic. – AFP