Croatia bimbang keganasan penyokong

Croatia bimbang keganasan penyokong

UEFA-Euro-2016-Logo

BORDEAUX, 21 Jun (AFP)– Croatia dapat mengesahkan tempat mereka ke kelompok 16 terbaik di Euro 2016 sekiranya mendapat keputusan sekurang-kurangnya seri ke atas juara bertahan, Sepanyol di Bordeaux, awal pagi nanti.

Bagaimanapun, masih timbul kerisauan susulan tindakan penyokong Croatia yang mengugut untuk sekali lagi mencetuskan kekecohan ketika perlawanan terbabit.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sudah mendakwa pasukan terbabit selepas sekurang-kurangnya 10 suar dibaling daripada tempat penyokong Croatia di Stadium Saint-Etienne ketika mereka terikat dengan Republik Czech, Sabtu lalu.

Kekacauan terbabit mencetuskan kemarahan di negara Balkan itu dengan pengendali Croatia, Ante Cacic menyifatkan tindakan terbabit sebagai ‘pengganas sukan’ dan Presiden Croatia, Kolinda Grabar-Kitarovic melabel mereka sebagai ‘musuh Croatia’.

Penyokong tegar kelab Croatia, Hadjuk Split yang disyaki membaling suar turut mengugut untuk mengganggu perlawanan antara Croatia dan Sepanyol menerusi laman sosial Facebook.

Badan induk bola sepak Eropah itu mengarahkan negara itu beraksi di stadium kosong untuk dua perlawanan kelayakan Euro 2016, ditolak mata serta didenda 100,000 euros dalam kejadian sebelum ini.

Keganasan bola sepak di Croatia kian meningkat dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini sejak bekas pemainnya, Davor Suker menjadi ketua persekutuan bola sepak Croatia.

Sebilangan penyokong percayai Suker dan persekutuan bola sepak mereka terlalu rapat dengan bekas pengendali Croatia yang penuh kontroversi, Zdravko Mamic.

Malah, mereka turut menuduh Mamic memanipulasi permainan untuk kepentingan diri sendiri, jadi mereka bertekad untuk memalukan Croatia ketika beraksi di peringkat antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA