Croatia menang tipis 1-0 ke atas Turki

Croatia menang tipis 1-0 ke atas Turki

PARIS, 13 Jun (AFP) – Luka Modric dari Croatia berkata dia berasa teruja dengan jaringan kemenangannya ketika menentang Turki dalam Euro 2016 semalam, yang mana dia tidak menyedari seorang penyokong menyertai keraiannya.

Pemain utama Real Madrid itu memberikan kemenangan 1-0 dalam persaingan Kumpulan D di Parc des Princes menerusi voli pada minit ke-41 dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Turki, Volkan Babacan.

Dia meraikannya dengan menggelongsor ke arah bendera sudut dan dengan segera dirapati oleh rakan sepasukan begitu juga dengan seorang penyokong dengan ukiran di kepala dengan bendera Croatia, berwarna merah dan putih, yang kemudian dibawa oleh pengawal. Ditanya jika insiden itu menakutkannya, Modric memberitahu wartawan: “Ia mungkin juga penyokong dari Turki, tetapi syukur ia adalah penyokong kami! Selepas jaringan seperti ini, saya tidak menyedari.

“Ia adalah selepas itu, saya menyedari bahawa terdapat seseorang yang bukan rakan sepasukan saya. Apa yang berlaku. Dia tidak berbahaya. Jika dia berada di atas padang, ia sikap yang positif.”

Suar juga dibakar di bahagian penyokong Croatia pada akhir jaringan Modric, sementara mercun menghasilkan bunyi yang bising pada satu sudut lain awal separuh masa kedua.

UEFA-Euro-2016-Logo

ARTIKEL YANG SAMA