Cruyff tinggalkan legasi hebat bola sepak

Cruyff tinggalkan legasi hebat bola sepak

BARCELONA, 25 Mac (AFP) – John Cruyff, salah seorang pemain bola sepak terhebat dan berbakat, meninggal dunia semalam pada usia 68 tahun selepas mengalami barah paru–paru, mencetuskan penghormatan dari sukan seluruh dunia.

Sebahagian legenda sukan berkata legenda dari Belanda itu yang merupakan contoh bagi sistem serangan Total Football adalah pemain terbaik.

Cruyff meninggal dunia di Barcelona, dikelilingi oleh keluarganya selepas mengalami barah,’ kata kenyataan dalam laman sesawang rasmi Cruyff.

“Dengan kesedihan kami meminta anda untuk menghormati privasi keluarga tersebut pada masa kesedihan ini.” Cruyff memenangi tiga Piala Eropah sebagai pemain bersama Ajax Amstedam dan gelaran Ballon d’Or pada 1971 bersama Ajax dan 1973 dan 1974 bersama Barcelona, di mana dia beraksi dari tahun 1973 sehingga 1978.

Gambar yang diambil pada 24 Mac 2016 menunjukkan bola diletakkan di hadapan rumah keluarga Johan Cruyff di Amsterdam Visionary Belanda sebagai penghormatan kepada beliau. – AFP
Gambar yang diambil pada 24 Mac 2016 menunjukkan bola diletakkan di hadapan rumah keluarga Johan Cruyff di Amsterdam Visionary Belanda sebagai penghormatan kepada beliau. – AFP

Sebagai jurulatih, Cruyff membimbing Barcelona kepada gelaran Piala Eropah pertama mereka pada 1992.

Cruyff mendedahkan pada Oktober tahun lepas dia mengalami barah paru–paru.Dia berkata pada Februari lalu dia telah menerima keputusan ‘yang positif.’

“Buat masa sekarang, saya merasakan saya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama yang belum lagi selesai. Tetapi saya pasti saya akan menamatkan dengan kemenangan,’ tambahnya.

Cruyff adalah salah seorang pemain hebat sepanjang masa di samping Pele dari Brazil, Diego Maradona dari Argentina, Michel Platini dari Perancis dan Lionel Messi dari Argentina, pendahulu Barcelona sekarang.