Cruz benam Trump di Wisconsin

Cruz benam Trump di Wisconsin

MILWAUKEE, 6 April – Anggota Republikan Ted Cruz dengan mudah memenangi pilihan raya kecil presiden di Wisconsin semalam, yang memberi tamparan hebat kepada harapan calon yang dikatakan akan menang, Donald Trump untuk mengumpul wakil mencukupi bagi pencalonan parti dan menambah peluang konvensyen pertandingan yang luar biasa.

Kemenangan Cruz dengan dua angka ke atas Trump adalah kejayaan bagi pasukan Parti Republikan yang berusaha menyekat jutawan New York yang berkontroversi itu dan ia menimbulkan prospek persaingan pencalonan yang panjang yang boleh berterusan hingga konvensyen di Celeveland, Ohio pada bulan Julai.

Pesaing presiden Demokrat, Bernie Sanders juga menang di Winconsin, yang menguatkan lagi perjuangannya ke atas calon yang disebut-sebut akan menang, Hillary Clinton dan mengurangkan pendahuluannya dalam wakil-wakil.

Trump meraih 737 wakil konvensyen berbanding 481 yang diraih Cruz, yang mengakibatkannya kekurangan 500 wakil untuk mencukupkan 1,237 yang diperlukan untuk menjadi calon parti pada pilihan raya 8 November.

Ted Cruz (tengah) meraikan kemenangannya bersama isterinya Heidi (kanan) dan Gabenor Wisconsin Scott Walker (kiri) semasa perhimpunan malam utama Wisconsin di Dewan Bankuet American Serb di Milwaukee, Wisconsin, Selasa. - Reuters
Ted Cruz (tengah) meraikan kemenangannya bersama isterinya Heidi (kanan) dan Gabenor Wisconsin Scott Walker (kiri) semasa perhimpunan malam utama Wisconsin di Dewan Bankuet American Serb di Milwaukee, Wisconsin, Selasa. – Reuters

Cruz berkata keputusan di Winconsin menunjukkan parti mula menyokongnya, tetapi mengakui kemungkinan meningkat bahawa persaingan mungkin sehingga ke konvensyen.

“Sama ada sebelum Cleveland atau pada konvensyen di Cleveland, bersama-sama kami akan memenangi majoriti delegasi dan bersama-sama kami akan mengalahkan Hillary Clinton pada November,” Cruz memberitahu para penyokong yang bertepuk gembira di Milwaukee. “Kita menang kerana kita menyatukan Parti Republikan.”

Cruz, senator konservatif AS dari Texas dibantu oleh Gabenor Republikan Scott Walker di Wisconsin yang menggugurkan bida presidennya sendiri pada September lalu, dan dengan banyak iklan dari Super PACS – kumpulan pembiayaan bebas – disokong oleh pihak penubuhan parti yang bimbang Trump akan menerajui Republikan kepada kekalahan meluas pada November. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA