Cruz tewaskan Trump di Iowa

Cruz tewaskan Trump di Iowa

DES MOINES, Iowa, 2 Feb – Senator AS Ted Cruz menewaskan jutawan Donald Trump dalam pertandingan pencalonan Republikan di Iowa semalam, menterbalikkan pertandingan presiden parti itu dan mewujudkan persaingan tiga hala dengan calon berpengaruh, Senator Marco Rubio.

Ahli undangan konservatif dari Texas, Cruz telah memenangi pertandingan Republikan negeri pertama dengan 28 peratus undi di Iowa berbanding 24 peratus yang diraih Trump.

Rubio, senator AS dari Florida, di tempat ketiga dengan 23 peratus yang menjadikan keputusan yang lebih mantap daripada yang dijangkakan.

Di pihak Demokratik, bekas setiausaha negara Hillary Clinton dan Senator AS Bernie Sanders dari Vermont menemui jalan buntu, kedua-duanya menerima kira-kira 50 peratus dalam pertandingan itu yang begitu bersaing sengit.

Sanders, seorang sosialis demokratik yang mengisytiharkan keputusan itu ‘sebenarnya terikat’.

Kemenangan Cruz dan prestasi mantap Rubio boleh menjejaskan momentum bagi Trump, yang pencalonannya telah mencemaskan penubuhan Republikan dan ditandai dengan kontroversi dari gesaannya bagi pengharaman orang Islam daripada memasuki AS hinggalah berjanji akan membina tembok sempadan AS-Mexico.

“Malam ini kemenangan bagi konservatif berani di Iowa dan seluruh negara ini,” Cruz, 45, berkata ketika menyampaikan ucapan kemenangan selama lebih 30 minit.

Trump, 69 tahun yang merendah diri bukan sifatnya mengucapkan tahniah kepada Cruz dan berkata dia masih menjangka akan memenangi pencalonan Republikan. Tinjauan pendapat menunjukkan Trump mendahului di seluruh negeri dan di New Hampshire, yang akan mengadakan peraduan pencalonan seterusnya.

“Saya berasa bangga,” kata Trump.

Bilangan orang ramai yang luar biasa muncul di sekolah, gereja dan tempat lain bagi perhimpunan parti politik yang mana para pengundi berhimpun untuk memilih seorang calon.

Usaha Cruz telah membantu mengatasi keghairahan dari orang ramai dan muncul bagi rapat Trump. Trump tidak hadir bagi perdebatan terakhir Republikan sebelum perhimpunan parti politik kerana pertikaian dengan hos Fox News. Penasihat Trump berkata keputusan tempat kedua Trump adalah dijangkakan. – Reuters