Cruz tewaskan Trump di Wyoming

Cruz tewaskan Trump di Wyoming

CASPER, Wyoming, 17 April (AP) – Pertubuhan pekerja dan pengempen persendirian berjaya sekali lagi bagi Ted Cruz semalam ketika menewaskan kesemua 14 wakil yang direbut di konvensyen Parti Republikan di Wyoming. Keputusan yang meletakkan Donald Trump menghadapi satu lagi kekalahan berturut–turut di negeri–negeri Barat.

Kemenangan besar bagi Cruz semalam menyusul kemenangannya pada bulan lalu di Wyoming, apabila mencatatkan 9 dari 12 wakil yang ada pada konvensyen mukim itu. Trump dan Marco Rubio masing–masing memenangi satu wakil bulan lalu di Wyoming sementara satu lagi masih belum ditentukan.

Trump masih mendahului bagi perebutan wakil pada keseluruhannya. Perkiraan wakil AP: Trump, 744; Cruz, 559; dan Kasich, 144. Perlu menang: 1,237. Cruz adalah satu–satunya calon untuk memberikan ucapan pada konvensyen di Casper semalam, menjanjikan untuk menamatkan apa yang digelarnya ‘perang ke atas arang batu” Presiden Barack Obama jika dia dilantik. Wyoming adalah negeri penghasil arang batu terkemuka.

Ted Cruz bergambar bersama Nolan Latham, perwakilan dari daerah Sweetwater, selepas ucapannya di Konvensyen GOP Wyoming pada Sabtu lalu di Parkway Plaza Hotel dan Pusat Konvensyen di Casper, Wyoming. – AP
Ted Cruz bergambar bersama Nolan Latham, perwakilan dari daerah Sweetwater, selepas ucapannya di Konvensyen GOP Wyoming pada Sabtu lalu di Parkway Plaza Hotel dan Pusat Konvensyen di Casper, Wyoming. – AP

Trump secara meluasnya melepasi negeri itu. Dalam temubual menerusi telefon semalam dalam ‘Fox and Friends,’ dia berkata: “Saya tidak mahu membazirkan berjuta dolar untuk keluar ke Wyoming beberapa bulan sebelum ini untuk minum dan makan malam dan membayar mereka, kerana kebanyakannya berhasil, anda faham mengenainya?”

Kekalahan Trump di Wyoming menyusul kenyataannya awal bulan ini di Colorado, di mana dia gagal untuk mendapatkan satu wakil dari 34. Dia menggesa penyokongnya untuk membantah keputusan itu kepada pegawai –pegawai negeri di negara itu.

Pengempen di New York semalam, kata Trump, ‘Saya rasa saya membuat aduan kerana ia tidak adil kepada orang ramai.’ Di Wyoming dan Colorado, katanya, orang ramai tidak berpeluang untuk mengundi.”

Cruz, dalam temubual bersama The Associated Press selepas ucapannya di Casper, berkata keputusan Trump untuk tidak berkempen di Wyoming telah menceritakan. ‘Alasan dia tidak hadir adalah dia mengetahui dia tidak akan menang, dia tidak mendapatkan sokongan konservatif di Wyoming,’ kata Cruz.