Crystal Palace ikat Arsenal 1-1

Crystal Palace ikat Arsenal 1-1

LONDON, 18 April (AFP) – Arsene Wenger mahu anak buahnya memperbaiki ‘kerosakan mental’ berikutan keputusan seri 1-1 ke atas Crystal Palace malam tadi sebelum menentang West Bromwich Albion dalam saingan Liga Perdana, Khamis ini.

The Gunners terpaksa menumpukan fokus utama untuk mendapatkan slot di Liga Juara-Juara bagi musim ke-19 berturut-turut selepas diikat Palace di Stadium Emirates.

Arsenal mendahului menerusi tandukan Alexis Sanchez pada masa kecederaan di babak pertama dan mendominasi perlawanan sebelum gol penyamaan Yannick Bolasie pada minit ke-81 menyaksikan pasukan tuan rumah disambut dengan sorakan ‘boo’ ketika wisel penamat.

Skuad bimbingan Wenger kekal di kedudukan keempat dalam carta dan terpaksa bersaing merebut tempat automatik terakhir ke Liga Juara-Juara yang ditawarkan kepada kelab Inggeris, tetapi Manchester United di tangga kelima hanya ketinggalan empat mata dengan baki lima perlawanan.

Salah satu aksi pada perlawanan tersebut. – AP
Salah satu aksi pada perlawanan tersebut. – AP

Keputusan itu juga menamatkan harapan tipis Arsenal untuk memenangi kejuaraan liga dan bos veteran Gunners, Wenger berkata: “Kami juga kecewa untuk memikirkan berkenaan liga, kami perlu fikir tentang Liga Juara-Juara dan berjuang untuk berada dalam Liga Juara-Juara.

“Saya tidak bermimpi berkenaan kejuaraan tetapi saya perlu untuk membaiki kerosakan mental dan bersedia untuk perlawanan akan datang menentang West Brom pada Khamis,” kata bekas pemain Perancis itu.

“Anda perlu melakukannya dan bukan melihat ke belakang.