Crystal Palace sasar kejohanan Eropah

Crystal Palace sasar kejohanan Eropah

LONDON, 25 Dis (Reuters) – Pengurus pasukan, Alan Pardew menyasarkan kempen persaingan dalam bola sepak Eropah dari Crystal Palace musim depan berikutan janji suntikan jumlah wang yang besar daripada pemilik baru dari AS, katanya semalam.

Pasukan dari London itu minggu lalu mengumumkan bahawa Josh Harris, pengasas bersama firma ekuiti swasta, Apollo Global Management, dan rakan perniagaan David Blitzer bersetuju untuk mengawal bersama pengerusi Palace sekarang, Steve Parish.

Mereka disertai oleh sejumlah pelabur lain dalam perkongsian terhad yang akan melibatkan pemegang amanah sekarang, Stephen Browett, Jeremy Hosking dan Martin Long.

Semua pemegang saham bersetuju terhadap suntikan awal 59 juta pound (AS$74.64 juta) bagi perkembangan kawasan Selhurst Park mereka dengan lebih banyak akan menyusul.

“Ia sukar untuk tidak menukar dinamik kelab yang berjalan dengan baik apabila pemilik baru datang tetapi saya rasa David dan Josh mahu ia berkembang,” Pardew memberitahu wartawan semalam.

Pengurus pasukan Crystal Palace dalam salah satu aksinya memimpin kelabnya. – Reuters
Pengurus pasukan Crystal Palace dalam salah satu aksinya memimpin kelabnya. – Reuters

“Kami boleh menjadi kelab yang lebih besar kerana kita berada di London, yang memberikan kita kelebihan besar.

“Tiada rasa tidak hormat bagi negeri lain, ia berlaku, lokasi menarik bagi pemain antarabangsa, bagi akses kepada keluarga mereka,” kata Pardew menjelang kunjungan Palace di tangga keenam dalam Liga Perdana berkunjung ke Bournemouth esok.

“Kami mendapatkan peluang yang akan kami cuba genggam.”

Palace jarang dilihat berada di kedudukan teratas seperti sekarang dan Pardew percaya kemunculan pertama dalam persaingan Eropah pasti dicapai.

ARTIKEL YANG SAMA