CSL mampu jad...

CSL mampu jadi terbaik

LONDON, 9 Jan – Pasukan dari Liga Super China (CSL) yang berbelanja besar berada dalam laluan untuk menjadi kuasa bola sepak dunia, ramal ketua firma pemasaran sukan terkemuka dalam satu temu bual bersama AFP.

China menjadi tajuk–tajuk utama dunia sejak beberapa minggu menerusi perpindahan besar mengejutkan bagi pemain penyerang dari Argentina, Carlos Tevez dan pemain utama dari Brazil, Oscar.

Dengan negara itu juga melabur besar dalam akar umbi bola sepak, Andrew Georgiou, CEO bagi Lagardere Sports and Entertainment, percaya bahawa pada masa ini ia menyaingi Liga Perdana Inggeris yang popular.

“Tidak terdapat sebarang keraguan dalam minda saya pada ketika ini, Liga Super China akan menjadi besar jika bukan lebih besar berbanding mana –mana liga di dunia,” dia memberitahu AFP di London pada Jumaat lalu.

Pemain bintang Brazil, Oscar (tengah) ketika disambut oleh penyokong Shanghai SIPG di lapangan terbang Shanghai baru-baru ini. – AFP
Pemain bintang Brazil, Oscar (tengah) ketika disambut oleh penyokong Shanghai SIPG di lapangan terbang Shanghai baru-baru ini. – AFP

“Satu-satunya ketidakpastian dalam minda saya adalah berapa lama ia akan berlaku. Kerana secara dasarnya, pasaran akan dapat membantu pemain –pemain terbaik dunia beraksi dalam bola sepak terbaik dunia di China.”

Wang telah disuntik dalam bola sepak China sejak Presiden China, Xi Jinping mengisytiharkan hasratnya untuk menukar negara itu menjadi kuasa bola sepak.

Tahun sasaran adalah 2050 dan Georgiou, yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam pemasaran sukan Asia, berkata tidak terdapat sebarang bahaya dari parti yang memerintah China kehilangan minat dalam projek itu sebelum ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA