Ctrip beli Skyscanner pada harga AS$1.7bn

Ctrip beli Skyscanner pada harga AS$1.7bn

SHANGHAI, 24 Nov – Agensi perjalanan online terbesar di China, Ctrip akan membeli aplikasi pencarian penerbangan Britain Skyscanner dengan harga AS$1.7 bilion, kata syarikat, tatkala ia mempertingkatkan rancangannya di luar negara.

Pembekal perkhidmatan perjalanan itu akan membayar 1.4 bilion pound, kebanyakannya dalam wang tunai, untuk firma yang berpangkalan di Edinburg, kata mereka dalam kenyataan berasingan lewat semalam.

Ctrip yang disenaraikan di Nasdaq, sebahagiannya dimiliki oleh syarikat bar gelintar China Baidu, membekalkan tempahan online untuk syarikat penerbangan dan tiket kereta api serta hotel, dan menggambarkan dirinya sebagai syarikat perjalanan terbesar di China.

Ia menghasilkan lebih daripada 350 bilion yuan dalam nilai barangan kasar pada tahun lalu, kata firma di laman webnya, merujuk kepada pengukur jualan online.

Gareth Williams, ketua eksekutif Skyscanner, berkata: “Ctrip adalah pemimpin pasaran di China dan sebuah syarikat yang boleh kami pelajari.”

Para pelancong berjalan bersama bagasi mereka di Lapangan Terbang Beijing pada 24 November. Ctrip akan membeli aplikasi pencarian penerbangan Britain, Skyscanner pada harga AS$1.7 bilion. – AFP
Para pelancong berjalan bersama bagasi mereka di Lapangan Terbang Beijing pada 24 November. Ctrip akan membeli aplikasi pencarian penerbangan Britain, Skyscanner pada harga AS$1.7 bilion. – AFP

Pemerolehan tersebut membawa Skyscanner “satu langkah lebih dekat kepada matlamat kami untuk menjadikan pencarian perjalanan semudah mungkin untuk pelancong di seluruh dunia,” tambah beliau.

Skyscanner membekalkan perkhidmatan yang sama kepada Ctrip dan mempunyai 60 juta pengguna aktif, terutamanya di Eropah.

Pengasas dan pengerusi eksekutif Ctrip Liang Jianzhang berkata: “Pemerolehan ini akan memperkukuh penjana pertumbuhan jangka panjang untuk kedua-dua syarikat. Skyscanner akan melengkapi kedudukan kami pada peringkat global.”

Skyscanner tetap akan beroperasi secara bebas dengan kumpulan pengurusannya sekarang, kata kenyataan. – AFP