Cuaca bantu redakan kebakaran di Kanada

Cuaca bantu redakan kebakaran di Kanada

FORT MCMURRAY, Kanada, 9 Mei (AFP) – Pihak berkuasa yang berusaha memadamkan kebakaran hutan di Kanada mengharapkan alam semula jadi hari ini, ketika suhu sejuk dan hujan memperlahankan rebakan kebakaran yang telah memaksa pengosongan keseluruhan bandar.

Lebih banyak berita baik juga, dengan jumlah tanah yang hangus kurang dari yang pada awalnya dikhuatiri dan 25,000 orang terakhir yang terperangkap di utara Fort McMurray di wilayah Alberta telah selamat dipindahkan dalam konvoi jalan raya mellaui bandar minyak yang musnah itu.

Kemudahan minyak terlepas dari kerosakan besar, menurut para pegawai dan tidak ada kemudahan yang berkaitan langsung dengan kebakaran.

Perdana Menteri Alberta Rachel Notley dan para pegawai lain berkata kebakaran yang melarat selama berhari-hari sekitar Fort McMurray bergerak ‘lebih-lebih perlahan’ kerana turunan sedikit hujan dan suhu cuaca lebih sejuk.

Pihak berkuasa bimbang kebakaran boleh merebak ke timur ke wilayah Saskatchewan, tetapi Notley berkata itu belum berlaku lagi.

Cuaca sejuk di Kanada diharap dapat meredakan kebakaran dan membantu pihak anggota bomba memadamkan kerja-kerja memadamkan api. – AP
Cuaca sejuk di Kanada diharap dapat meredakan kebakaran dan membantu pihak anggota bomba memadamkan kerja-kerja memadamkan api. – AP

Kebakaran di pinggir timur ialah 40 kilometer dari Saskatchewan dan kawasan yang musnah dianggarkan lebih rendah dari 2,000 kilometer persegi kepada kira-kira 1,600 kilometer persegi.

Kebakaran ini tersebar oleh angin kencang dan dicetuskan oleh cuaca yang kering, memusnahkan Fort McMurray dan rantau sekitarnya. Bandar itu didiami oleh 100,000 orang sehingga ia dikosongkan minggu lalu ketika kebakaran membakar rumah hingga runtuh di tengah suasana panik dan orang ramai meninggalkannya beramai-ramai.

Chad Morrison, pengarah kanan kebakaran hutan bagi Alberta semalam berkata keadaan cuaca yang diinginkan dan kerja keras kira-kira 500 orang anggota bomba telah mengawal kebanyakan sempadan kebakaran di Fort McMurray.

Ancaman kepada lombong minyak pasir di utara bandar itu juga lenyap, sekurang-kurang buat masa sekarang ini, ujarnya.

Morrison berkata sempadan kebakaran telah berpindah dari tapak kerja di Nexen, sebuah unit kumpulan China, CNOOC, selepas hanya mengalami kerosakan kecil.