Cuaca buruk korbankan 24 orang di utara India

Cuaca buruk korbankan 24 orang di utara India

NEW DELHI, 30 Mei – Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh di negeri-negeri utara India iaitu Uttar Pradesh dan Uttarakhand akibat daripada ribut petir dan hujan lebat, kata pegawai semalam.

Di Utara Pradesh 18 orang terbunuh dalam ribut petir.

“Keadaan ribut petir yang muncul semula di beberapa tempat di negeri ini sejak petang Jumaat telah meragut 18 nyawa,” kata seorang pegawai.

Kematian dilaporkan disebabkan oleh pokok tumbang dan struktur rumah dan bangunan runtuh.

Di Uttarakhand enam orang terbunuh dalam hujan lebat yang dicetuskan oleh hujan lebat di daerah Tehri dan Uttarkashi.

Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di daerah berkenaan.

Minggu lepas 23 orang terbunuh selepas kilat dan ribut petir melanda bahagian barat dan tengah Uttar Pradesh.

Hujan lebat telah membawa kepada penurunan drastik suhu cuaca di kedua-dua negeri itu.

Pegawai Jabatan Meteorologi meramalkan keadaan yang sama akan melanda di negeri itu dua hari akan datang. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA