Cuaca buruk sukarkan kerja-kerja menyelamat

Cuaca buruk sukarkan kerja-kerja menyelamat

KATHMANDU, 5 Mei (Reuters) – Cuaca buruk memutuskan hubungan dengan sebuah kampung pedalaman di Nepal di mana berpuluh-puluh penduduk kampung dan pendaki dipercayai tertimbus di bawah runtuhan salji yang dicetuskan oleh gempa bumi membinasakan baru-baru ini, kata pegawai hari ini.

Angka kematian daripada gempa bumi 25 April di negara Himalaya itu sudah mencecah 7,557 orang kata kerajaan. Kira-kira 100 mayat ditemui pada Sabtu dan Ahad di kampung Langtang, 60km ke utara Kathmandu, yang merupakan satu laluan pendaki popular dalam kalangan warga asing. Keseluruhan kampung yang termasuklah 55 buah rumah penginapan bagi pendaki, tertimbus oleh runtuhan salji dan penyelamat menggali dalam salji bagi tanda-tanda kira-kira 120 orang lagi yang dipercayai tertimbus.

Penolong pegawai ketua daerah Gautam Rimal, di mana Langtang terletak, mengatakan pihak berkuasa belum lagi dapat berhubung dengan Langtang selama 24 jam kerana cuaca buruk.

“Kami berharap dapat menghantar helicopter penyelamat hari ini (Selasa) ke kawasan itu,” katanya. “Kita akan tahu situasi kelak.” Mereka yang mati termasuklah sekurang-kurangnya tujuh orang asing, namun hanya dua yang sudah dikenalpasti, katanya.

Askar mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat selepas runtuhan salji besar-besaran akibat gempa bumi di kampung Langtang, Nepal minggu lalu. Kira-kira 100 mayat ditemui pada Sabtu dan Ahad di kampung laluan terkenal pendaki itu. – Reuters
Askar mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat selepas runtuhan salji besar-besaran akibat gempa bumi di kampung Langtang, Nepal minggu lalu. Kira-kira 100 mayat ditemui pada Sabtu dan Ahad di kampung laluan terkenal pendaki itu. – Reuters

Kerajaan juga sudah mula meminta pasukan asing untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat apabila harapan menemui orang hidup-hidup di dalam runtuhan semakin pudar.

“Mereka boleh pergi. Jika mereka pakar dalam membersihkan runtuhan, mereka boleh terus di sini,” Rameshwor Dangal, seorang pegawai di kementerian dalam negeri Nepal, memberitahu Reuters semalam.

ARTIKEL YANG SAMA