Cuaca buruk tangguhkan operasi menaikkan feri

Cuaca buruk tangguhkan operasi menaikkan feri

SEOUL, 27 Jun (AFP) – Cuaca buruk dan ombak air laut pasang sekali lagi menangguhkan penyambungan operasi bagi menaikkan feri karam Korea Selatan Sewol, menurut kementerian maritim hari ini.

Feri itu membawa 476 orang apabila ia karam di pesisir laut pulau barat laut Jindo dalam April 2014, menyaksikan 304 orang mati—kebanyakan pelajar—dalam satu bencana maritim terburuk negara itu.

Selepas ditangguhkan sekali akibat cuaca buruk, operasi penyelamatan dijadualkan disambung hari ini namun kini ditangguhkan ke satu masa lain dalam masa dua minggu lagi.

“Operasi bagi menaikkan rangkanya dan memasang alang pengangkut tertangguh tanpa sengaja kepada 11 Julai akibat cuaca buruk, termasuk ombak tinggi dan angin kencang,” kata kementerian maritim dalam satu kenyataan.

“Disebabkan mengangkat bahagian rangka merupakan satu operasi mencabar, ia hanya boleh dilakukan apabila air di bawah satu meter (tiga kaki),” tambahnya.

Air pasang dijangka dalam dua atau empat meter dalam masa beberapa hari, menurut kementerian.

Dikatakan sembilan mayat masih lagi belum dikira kerana masih lagi terperangkap dalam feri karam itu dan menaikkan feri itu dalam keadaan baik adalah satu permintaan daripada keluarga mangsa.

Feri seberat 6,825 tan itu terdampar kira-kira 40 meter di bawah permukaan dan proses mengangkatnya ke dasar laut bermula awal bulan ini—hanya ditangguhkan sehari kemudian akibat keadaan cuaca yang buruk.

Usaha-usaha penyelamatan feri dijangka menelan kos sekitar $72 juta dan diketuai oleh sebuah konsortium China.

ARTIKEL YANG SAMA