Cuaca panas cairkan keuntungan H&M

Cuaca panas cairkan keuntungan H&M

STOCKHOLM, 30 Sept – Cuasa panas luar biasa pada musim luruh di Eropah telah menghakis keuntungan Hennes et Mauritz (H&M), jenama pakaian gergasi Sweden, hari ini semasa mengeluarkan keputusan suku ketiga.

Keuntungan bersih bagi tempoh tiga bulan dari bulan Jun mencatatkan 4.8 bilion kronor Sweden (500 juta euro), turun sembilan peratus pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Jualan adalah baik di kebanyakan pasaran sehingga pertengahan bulan Ogos,” kata Ketua Eksekutif Karl-Johan Persson.

“Selepas itu jualan telah terjejas oleh musim cuaca panas yang berterusan sehingga September, menyebabkan permulaan yang mencabar bagi musim luruh.”

Persson juga menyalahkan dolar yang kukuh – dan kesannya dalam pembelian kos – membuat kelembapan dalam keuntungan.

Jumlah dagangan secara keseluruhannya meningkat sebanyak enam peratus kepada 56.8 bilion kronor.

Pada bulan Jun, H&M telah menyalahkan kepada keadaan sejuk yang luar biasa di Eropah mencatatkan kepada lemahnya angka jualan.

Walau bagaimanapun, firma itu berkata ia mempunyai “pandangan positif terhadap peluang kami untuk 2017 dan melangkah menuju ke hadapan, samaada dari segi jualan mahupun keuntungan.”

Bagi keseluruhan tahun 2016, firma itu menjangka untuk meningkatkan perkembangannya di Amerika Syarikat dan China, masing-masing membuka 30 dan 47 buah kedai baru. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA