Cuaca panas d...

Cuaca panas dorong warga Sydney ke pantai

SYDNEY, 11 Jan – Sydney berdepan kehangatan pada suhu membahang setinggi 40 Celsius (104 Fahrenheit) hari ini, dengan pantai-pantai dipenuhi, amaran membakar hutan dikeluarkan dan orang ramai disaran untuk sentiasa meminum air.

Beberapa bandar di barat laut negeri New South Wales suhunya boleh mencecah sehingga 47 darjah pada Jumaat, Biro Meteorologi memberi amaran.

“Kami akan pergi, sudah pasti ke Pantai Bondi, menyejukkan badan sambil berenang – cara terbaik yang anda boleh lakukan,” kata salah seorang penduduk Sydney, Brenton Melville, 26, ketika dia menuju ke pantai.

Pihak berkuasa mengeluarkan tegahan membakar dAi beberapa kawasan seluruh negeri sementara Surf Life Saving NSW memberi amaran mengenai risiko peningkatan penghidratan ketika suhu memuncak.

“Pengawal pantai dan penyelamat sangat sibuk pada beberapa hujung minggu lalu dan kami menggesa orang awam untuk melakukan apa yang mereka boleh untuk membantu mengurangkan beban dengan bertanggungjawab bagi keselamatan mereka sendiri,” kata pengurus Surf Life Saving NSW, Andy Kent. – AFP

Seorang ayah dan anak damitnya menyejukkan badan di hadapan kipas semasa kejohanan tenis antarabangsa Sydney pada 11 Januari. – AFP
Seorang ayah dan anak damitnya menyejukkan badan di hadapan kipas semasa kejohanan tenis antarabangsa Sydney pada 11 Januari. – AFP