Cuaca sejuk ragut 20 jiwa

Cuaca sejuk ragut 20 jiwa

KABUL, Afghanistan, 25 Nov – Para pegawai Afghanistan berkata suhu sejuk dan beku telah mengorbankan 20 orang, terutamanya kanak-kanak di wilayah utara Afghanistan yang bersempadan dengan Turkmenistan.

Ketua polis wilayah, Rahmatullah Turkistani berkata kematian itu berlaku minggu ini di daerah Darzab, wilayah Jawzjan, yang telah menyaksikan salji turun, dengan setengah meter atau hampir dua kaki tebal salji di tanah.

Kawasan itu tidak memiliki elektrik atau kemudahan perubatan dan jalan-jalanya telah diputuskan oleh Taliban. Pihak berkuasa sedang menunggu cuaca reda sebelum menghantar bantuan menggunakan udara. – AP

ARTIKEL YANG SAMA