Cuba berdukacita

Cuba berdukacita

HAVANA, 27 Nov – Cuba berdukacita atas kematian pemimpin revolusi Fidel Castro hari ini ketika negara pulau komunis itu bersiap sedia untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada insan yang unggul dalam sejarah modennya dengan mengadakan memorial besar-besaran dan perarakan pengebumian selama empat hari.

Selepas kekecohan mengejutkan menyelubungi pengumuman semalam bahawa Castro telah meninggal dunia pada usia 90 tahun, hari ini ditetapkan sebagai hari persiapan tenang, tanpa rancangan kegiatan rasmi.

Castro, yang pemerintahan kuku besinya menentang AS selama setengah abad, meninggal dunia Jumaat lalu selepas bertahan dengan 11 pentadbiran AS dan beratus-ratus percubaan membunuh. Pihak berkuasa tidak menyatakan punca kematiannya.

ARTIKEL YANG SAMA